BERITA TERKINI
Misi dan Visi ABIM (video)
Posted by PENERAJU UMAT | 10:06 PM | Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) | 0 comments »Sejarah PASTI Malaysia
Posted by PENERAJU UMAT | 12:17 AM | Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) | 0 comments »Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu maka timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam. Pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.
Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Satu perkara yang menarik pada ketika itu ialah dari segi pengasasan pengelolaan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan. Persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan pra sekolah kepada ABIM seawal tahun 1980 an. Maka lahirlah pusat- pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).
Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Manakala di Kelantan pusat pra sekolah yang dikenali sebagai Putra Islam yang di kendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sejak tahun 1988.
Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat pra sekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri masing-masing. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Muktamar Tahunan Ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat. Ustaz Abu Bakar Abdullah dari Terengganu telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan PASTI yang pertama.
Seminar PASTI
Pada 29- 30 Mei 1988 telah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang, Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Penyelarasan Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan “Penyelarasan Manhaj Pendidikan Prasekolah’ oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama Sdra. Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahaya sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Sdra. Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan Sdra. Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negeri sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.
Logo
Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan pertambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
ABIM Gerakkan Misi Bantuan Banjir
Posted by PENERAJU UMAT | 9:05 PM | Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) | 0 comments »Banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia baru-baru ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk terlibat.
Kesan itu bukan sahaja dari segi fizikal seperti kemusnahan harta benda termasuk ternakan tetapi ia juga meninggalkan kesan psikologi terutama di kawasan yang kerap dilanda banjir.
Sehubungan itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission (GPM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bergabung dalam misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir di Segamat, Johor pada 15 dan 16 Disember lalu.
ABIM dan PPIM Majukan Belia Sabah
Posted by PENERAJU UMAT | 3:04 PM | Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) | 0 comments »

Kota Kinabalu: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Liew Yun Fah, mengakui gentar berdepan pertubuhan berasaskan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) pada peringkat awal menjawat portfolio itu enam bulan lalu.
Bagaimanapun, katanya, keadaan sudah berubah kerana kini badan bukan kerajaan (NGO) itu adalah rakan akrabnya dalam membangunkan belia di negeri ini.
"Pepatah Melayu yang menyebut 'tak kenal maka tak cinta' memang betul dan kini saya bangga kerana semua kegiatan belia yang menjurus kepada pembangunan Islam mendapat kerjasama baik ABIM dan PPIM. Saya harap lebih banyak kegiatan dianjurkan terutama untuk pembangunan modal insan belia Islam di negeri ini pada masa akan datang,'' katanya berucap pada majlis Aidilfitri ABIM Sabah dan PPIM Sabah disini, kelmarin.
Hadir sama, Yang Dipertua ABIM Sabah, Muddin Beting dan Presiden Persatuan Sama Sabah, Abdullah Sibil.
Liew berkata, kementeriannya melaksanakan pelbagai program belia untuk semua kaum terutama yang menjurus kepada penyertaan generasi muda pelbagai kaum. Beliau berkata, pertubuhan seperti ABIM dan PPIM sekadar menggunakan nama Islam tetapi tidak mengamalkan sentimen perkauman atau pengasingan diri daripada kaum lain.
"Ini membanggakan saya kerana kita dapat bekerjasama untuk kepentingan generasi muda selaku pemimpin pelapis negara," katanya. [Gambar]
Sumber: Berita Harian( Bahagian Sabah & Sarawak) bertarikh 12 November 2007
