MagzNetwork

Showing posts with label Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Show all posts
Showing posts with label Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Show all posts

Utama
Serdang, 1 Mei - Program Muzakarah JKP-YDP Ikatan Muslimin Malaysia telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Persidangan UPM. Muzakarah kali ini mencatat kehadiran yang agak memberangsangkan iaitu kira-kira lebih 100 orang perwakilan yang mewakili 12 cawangan ISMA seluruh negara. Majlis dibuka dengan ucapan daripada Presiden ISMA, Ust. Abdullah Zaik Abd Rahman dan diteruskan dengan perbincangan pencapaian ISMA sepanjang tahun 2007.

Selepas Zohor dan makan tengahari program diteruskan dengan perbahasan dan cadangan daripada Cawangan-cawangan ISMA. Antara yang menjadi perbualan hangat ialah halatuju ISMA dalam masa 15 tahun lagi yang dirasakan perlu diadakan satu konvensyen khas untuk membincangkannya. Selain itu isu permasalahan masyarakat turut mendapat perhatian dan para perwakilan berharap agar ISMA dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang dengan bacaan doa rabitah yang diketuai oleh Ust. Rusydi Alias.

Berita ISMA
Merang, 6-8 Dis - Kem Remaja ISMA (KRIS) Zon Pantai Timur telah berjaya diadakan dengan jayanya di Kembara Resor Merang, Setiu.

Kem ini telah dihadiri oleh 36 orang perserta lelaki dan 16 orang peserta perempuan yang hadir dari seluruh negeri Terengganu dan Kelantan. Antara objektif utama program ini adalah untuk memupuk dan mewujudkan satu bi’ah (persekitaran) yang soleh di samping mengisi masa cuti persekolahan dengan aktiviti yang mampu meningkatkan lagi potensi diri di kalangan remaja. Penglibatan peserta dari 2 buah negeri Pantai Timur juga diharap dapat menjalin ukhuwah islamiyah di antara peserta mahu pun pihak penganjur.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan selaras dengan tema kem remaja pada tahun ini iaitu “Membangun Potensi Kepimpinan Remaja Mukmin”. Para peserta telah dilibatkan dengan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor yang dilakukan secara berkumpulan di samping beberapa pembentangan yang diharap dapat memberi kesan secara langsung dan tidak lansung kepada para peserta. Antara aspek lain yang turut ditekankan juga dalam program ini tahap disiplin baik yang cuba diterapkan di kalangan peserta remaja.

Secara keseluruhannya sebahagian besar peserta berpuas hati dengan perjalanan keseluruhan program remaja ISMA pada tahun ini. Pihak penganjur juga mengharapkan agar para peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya segala bentuk perkongsian dan input-input berguna yang telah dilalui sepanjang program. Dari Pihak KRIM Terengganu, kami berharap peserta dapat mengikuti segala program yang akan diatur di masa hadapan. Untuk tempoh masa yang terdekat ini, kami telah merancang untuk mengadakan Seminar Lepas SPM yang akan memeberi input dan informasi yamg berguna buat pelajar-pelajar lepasan SPM untuk ke IPT kelak.

Lagi berita dan gambar klik di sini

Sumber

Bandar Baru Bangi – 6 Disember: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) seperti tahun-tahun yang lepas, akan menziarahi Rumah Yatim di Lhoksuemawe, Acheh dan melakukan Ibadah Qurban di sana. Menurut Ust Wan Hisham ketika ditemubual rombongan kali ini mendapat sambutan hangat sehingga mencecah angka 30 orang.

Objektif rombongan ziarah kali ini ialah melaksanakan ibadah korban serta menyambut Hari Raya Eidul Adha di Aceh bersama-sama penghuni Rumah Yatim yang dikelolakan oleh ISMA. Selain itu satu program “Sunathon” turut dirancang dan akan dilaksanakan oleh doktor ISMA yang turut mengikuti rombongan kali ini. Dijangkakan seramai 20 orang peserta yang terdiri dari penghuni Rumah Yatim dan kanak-kanak miskin dari kampung berhampiran terlibat.

Selain itu Rombongan juga akan di bawa melihat kesan-kesan tsunami dan perkembangan pemulihan setelah 3 tahun berlalu. Ketika ditanya mengenai jumlah lembu yang akan diqurbankan Ust Wan Hisham berkata “Setakat ini jumlah tempahan yang diterima hanya 22 ekor berbanding sasaran kita iaitu 30 ekor”. Selain itu sebahagian besar peserta rombongan adalah terlibat dalam Ibadah Qurban. Sehubungan itu mereka boleh melihat sendiri proses qurban dan pengagihan daging kepada fakir miskin di sana. “Program ISMA yang akan datang ialah membina sebuah surau dan sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan penghuni Rumah Yatim yang setakat ini seramai 48 orang putera dan puteri” ujar beliau apabila ditanya mengenai program yang dirancang untuk tahun hadapan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ibadah Qurban di Aceh boleh melawat di sini Gambar Program Qurban 1427H

KEM REMAJA ISMA (KERIS) merupakan program perkhemahan remaja tahunan yang dirangka bagi mengisi cuti persekolahan akhir tahun dengan aktiviti bermanfaat. Ia juga adalah salah satu daripada siri program pembangunan remaja yang diolah untuk menerapkan nilai-nilai Islam dan bakat kepimpinan dalam diri remaja. Dalam kem ini juga para peserta akan didedahkan dengan latihan-latihan praktikal kepimpinan di samping aspek disiplin dan kerjasama berpasukan.

TEMA PROGRAM
Remaja Soleh Aset Negara Pada Hari Muka

OBJEKTIF
1. Mewujudkan ruang pertemuan dan interaksi dikalangan remaja-remaja.
2. Melatih peserta untuk iltizam dengan cara hidup Islam melalui penerapan nilai-nilai murni (akhlak), pengurusan diri sistematik dan disiplin dalam segenap tindakan.
3. Memberikan latihan-latihan praktikal, ‘teambuilding’ dan ‘self-confidence’ bagi memupuk budaya kerja berkumpulan dan membentuk nilai-nilai kepimpinan.

TARIKH : 8-10 Disember 2007 (Sabtu-Isnin)
TEMPAT : REBUTIA Training Camp, Alang Sedayu, Bt 12 3/4 Jalan Bentong Lama, Gombak
YURAN : RM60 seorang
PESERTA : REMAJA 13-17 Tahun (Putera dan Puteri)

MENARIK!!!
- WARGAMES - COMMAND ‘N’ CONQUER
- INTER-CAMP COMPETITION
- JUNGLE TREKING
- SURVIVAL
- MOTIVASI
- BBQ
- PERSEMBAHAN

Untuk keterangan dan pendaftaran, sila hubungi:
1. Sdr. Lizal Iswady: 012-3988731
2. Sdr. Khairudin Ali: 019-2677180
3. Sdr. Zakir Hussin: 019-2412192
4. Pn. Ida Suzana: 019-6500117

http://www.ismaweb.net/ISMA/Article463.phtml