Istimaq Tabligh secara besar-besaran akan dilangsungkan di Malaysia iaitu di Markas Tabligh Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 07hb Julai 2009, dijangka kehadiran akan melebihi 150,000 orang, semua ulama di seluruh malaysia akan di jemput untuk hadir termasuk juga orang awam..! khemah2 akan didirikan untuk menampung kehadiran jemaah2 tabligh dari seluruh asia tenggara
-sumber dari jemaah tabligh kuala kangsar
http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=19028
BERITA TERKINI
Istimaq Tabligh di Seri Petaling 7 JULAI
Posted by PENERAJU UMAT | 11:11 PM | Jemaah Tabligh | 1 comments »ENGUMUMAN DARUSSYIFA' CAWANGAN NEGERI KELANTAN
Sesi Pendaftaran dan Taklimat kepada pelatih baru ambilan pertama 2009 / 2010 akan diadakan pada;
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa, Kelantan
Semua Pelatih yang berdaftar dikehendaki hadir pada tarikh tersebut,berbaju lengan panjang dan berkopiah putih bagi muslimin berpakaian sopan atau berjubah bagi muslimat.
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Majlis Perasmian Penubuhan Cawangan Darussyifa' Negeri Kelantan dan Kelas Pengajian pengubatan islam Darussyifa' pengambilan pertama 2009/2010 akan diadakan pada
Tarikh : 12 Jun 2009
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Pak Nik Lah, Kompleks Purnama , Pengkalan Chepa Kelantan
Perasmi : Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Nik Abd. Aziz bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan.
ATUCARA MALIS
7.30 pagi : Pendaftaran Peserta
8.00 pagi : Kehadiran para jemputan
8.15 Pagi : Kehadiran Ybhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, YAB Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Tetamu-tetamu Kehormat
8.30 Pagi : Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
8.35 Pagi : Ucapan Pengerusi Darussyifa' Pusat, Tn. Hj. Abdul Rahman bin Ahmad
8.50 Pagi : Ucapan Ybhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Pengasas dan Penaung Darussyifa')
9.30 Pagi : Ucapan Perasmian Penubuhan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa' Cawangan Negari Kelantan
oleh : YAB Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ( Menteri Besar Kelantan)
10.00 Pagi :Minum Pagi
10.30 Pagi :Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa' Disampaikan oleh Ybhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
12.30 Tgh. :Rehat dan Makan Tgh. Hari & solat Jumaat
Semua Pelatih yang sudah berdaftar wajib hadir pada tarikh tersebut.
JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI USTAZ ZAKI DI TALIAN 019-5786766
PAS, KeADILan, DAP tolak gimik kerajaan perpaduan
Posted by PENERAJU UMAT | 11:06 PM | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) | 0 comments »KUALA KRAI, 22 Jun (Hrkh) - Impian Umno untuk bertapak semula di Manek Urai nampaknya semakin samar, apabila lautan manusia memenuhi padang Majlis Daerah Dabong di Laloh malam tadi bagi mengikuti ceramah tokoh utama Pakatan Rakyat.
Ternyata kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw menarik perhatian pengundi di Manek Urai.
Ceramah perdana malam tadi dianggap rapat umum pertama Pakatan Rakyat dalam skala lebih besar bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini.
Kehadiran orang ramai itu juga memperlihatkan gelombang Mac 2008 belum surut lagi biar pun Umno cuba melontar isu kerajaan perpaduan dengan PAS, semata-mata memecah belah ikatan Pakatan Rakyat.
Namun malam tadi rakyat di Manek Urai mendengar sendiri komitmen memperkukuhkan Pakatan Rakyat yang diilafazkan pemimpin utama PAS, KeADIlan dan DAP.
Anggota parlimen Kepong berharap pengundi di kawasan tersebut memperbetulkan banyak kesilapan yang dilakukan pemimpin kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) melalui kertas undi pada 14 Julai ini.
"Kali ini rakyat di Manek Urai diberi tanggungjawab bagi memperbetulkan semula kepincangan kerajaan BN sekarang melalui kertas undi.
"Cuba adik kakak bayangkan duit rakyat sehingga RM12 bilion digunakan bagi membangunkan Zon Bebas Pelabuhan Kelang yang menjadi skandal besar negara sekarang.
"Duit sebanyak itu kalau dibawa ke sini sudah tentu dapat membantu penduduk dan mereka tidak perlu lagi keluar menoreh getah bagi mencari rezeki," katanya mencuit hati orang ramai yang hadir.
Anwar menempelak pemimpin Umno yang cuba menyembunyikan sikap rakus pemimpin mereka 'mengadaikan' tanah kerajaan kepada beberapa tauke Cina termasuk di Genting Highlands, Bukit Tinggi, Pulau Tioman dan Pulau Redang.
Sebaliknya kata beliau langkah yang dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sebelum ini memberi tanah kepada penduduk Cina yang miskin dipertikaikan pemimpin Umno.
Menurutnya tanah-tanah yang diberi kerajaan Pakatan di negeri terbabit kepada rakyat yang miskin bagi mengubah taraf kehidupan mereka.
"Mengapa pemimpin Umno membantah tindakan dilakukan kerajaan Pakatan memberi tanah kepada penduduk miskin, sedangkan mereka berdiam diri apabila kerajaan BN memberi tanah kepada tauket yang kaya raya.
"Orang Cina yang tanam sayur yang miskin diberi lot tanah oleh kerajaan Pakatan, pemimpin Umno tidak boleh terima, sedangkan tanah seluas bukit diberi kepada seorang tauke judi disenyapkan begitu sahaja," katanya.
Oleh itu kata beliau tiada sebab Pakatan Rakyat berunding dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.
"Umno kena dihumbangkan terlebih dahulu sebelum keadilan Islam dapat ditegakkan di negara ini. Selagi ada Umno usaha ke arah itu sukar dilakukan," ujarnya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Umno seperti bukan anak jantan apabila kelihatan susah hati apabila cadangan kerajaan perpaduan
ditolaknya.
"Janganlah kita tunjuk lagak sudah seperti kebuluran apabila cadangan kerajaan tidak diterima PAS. Mengapa nampak susah hati sangat.
"Pemimpin Umno nampak macam kebuluran sekarang sehingga orang beri nasi dingin pun mereka sanggup makan. Sayur yang diberi tak sedap pun mereka sanggup makan," katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin PAS tidak mudah lupa sejarah lampau ditolak keluar dari Perikatan ketika Umno nampak berminat sangat membincangkan isu kerajaan perpaduan sekarang.
Malah katanya, Umno secara jelas seperti mengajar ajaran sesat apabila cuba mengasingkan agama dan politik. - mj _
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21375&Itemid=28
Muzakarah JKP-YDP ISMA
Posted by PENERAJU UMAT | 8:42 AM | Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) | 1 comments »Serdang, 1 Mei - Program Muzakarah JKP-YDP Ikatan Muslimin Malaysia telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Persidangan UPM. Muzakarah kali ini mencatat kehadiran yang agak memberangsangkan iaitu kira-kira lebih 100 orang perwakilan yang mewakili 12 cawangan ISMA seluruh negara. Majlis dibuka dengan ucapan daripada Presiden ISMA, Ust. Abdullah Zaik Abd Rahman dan diteruskan dengan perbincangan pencapaian ISMA sepanjang tahun 2007.
Selepas Zohor dan makan tengahari program diteruskan dengan perbahasan dan cadangan daripada Cawangan-cawangan ISMA. Antara yang menjadi perbualan hangat ialah halatuju ISMA dalam masa 15 tahun lagi yang dirasakan perlu diadakan satu konvensyen khas untuk membincangkannya. Selain itu isu permasalahan masyarakat turut mendapat perhatian dan para perwakilan berharap agar ISMA dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang dengan bacaan doa rabitah yang diketuai oleh Ust. Rusydi Alias.

Misi dan Visi ABIM (video)
Posted by PENERAJU UMAT | 10:06 PM | Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) | 0 comments »Seminar Tokoh Tajdid- AL-GHAZALI
Posted by PENERAJU UMAT | 8:47 PM | Islam Tradisional | 0 comments »Seminar Tokoh Tajdid Al-Ghazzali
Pencerah Pemikiran Ummah
Tarikh : 11 Mei 2008 (Ahad)
Tempat : Dewan Auditorium SIRIM, Seksyen 2 Shah Alam
Masa : 08:30 pagi—05:00 petang
Perasmian : YB. Dato’ Dr. Hj Hassan Bin Mohamed Ali,
Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu,
Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Penyertaan : Terbuka kepada semua (Percuma)
KERTAS KERJA & PEMBENTANG
Ulama’ Kalam & Falsafah: Al-Ghazzali dan Orientasi Baru Ilmu Kalam
dan Ilmu Falsafah.
Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, ISTAC UIAM
Memahami Kewajaran dan Kepentingan Tajdid Al-Ghazzali Dalam Konteks Zamannya.
Dr. Mohd Nor Manuty, CESMAC
Pengaruh Pemikiran Tasawwuf al-Ghazzali Khususnya di Alam Melayu
Ustaz Abdul Aziz Muhammad, Institut al-Quran Terengganu
Peranan al-Ghazzali Dalam Mengharmonikan Wahyu dan Akal
Prof. Madya Dr. Ibrahim Abu Bakar, Fakulti Pengajian Islam UKM
Meneliti Kedudukan Al-Quran dan Sunnah Sebagai Teras Pemikiran al-Ghazzali
Prof. Zakaria Stapa, Fakulti Pengajian Islam UKM
Al-Ghazzali Dalam Pentajdidan Pemikiran dan Amalan Tasawwuf
Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, ISTAC UIAM
Sekretariat
WADAH Selangor,
20A, Jalan Badminton 13/29,
Tadisma Business Park,
40100 Shah Alam,
Selangor
Tel : 03-55118150
Faks : 03-55118152
E-mel: qisb@tm.net.my
IJTIMA' JEMAAH TABLIGH
Masjid Bandar Baru Sri Petaling
Khamis 5 JUN 2008
Subuh-Isya'
Semua Dijemput Hadir
Multaqo Ahl Sunnah wal Jamaah 2008 di Madrasah al-Hasaniah, Rembau
Posted by PENERAJU UMAT | 12:49 AM | Islam Tradisional | 0 comments »

Tarikh : 23 Februari 2008 ( Sabtu )
Tempat : Madrasah al Hasaniah, Kg. Bukit Sembilan, Km 35 Jalan Seremban-Tampin, 71350 Kota Negeri Sembilan
Masa : Bermula Asar
Anjuran: Yayasan Sofa Negeri Sembilan
Tentatif Program :
4.30 : Ketibaan Para Jemputan
4.47 : Solat Asar Berjemaa
5.00 : Pembentangan Kertas Kerja I
Pemahaman Tentang Bid’ah
Oleh : Prof. Dr. Muhammad bin Ismail Zain al Yamani
Pensyarah Usul Fiqh di Universiti Malik Abdul Aziz, Arab Saudi
6.00 : Pembentangan Kertas Kerja II
Pemahaman Tentang Tauhid
Oleh : Dr. Umar Abdullah Kamil
Pakar Usuluddin dan Ekonomi Islam, Arab Saudi
7.00 : Minum Petang
7.29 : Solat Maghrib Berjemaah dan Bacaan Maulid Daiba’ei
8.39 : Solat Isyak berjemaah
Jamuan dan Bersurai.
sumber
Sejarah PASTI Malaysia
Posted by PENERAJU UMAT | 12:17 AM | Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) | 0 comments »Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu maka timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam. Pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.
Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Satu perkara yang menarik pada ketika itu ialah dari segi pengasasan pengelolaan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan. Persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan pra sekolah kepada ABIM seawal tahun 1980 an. Maka lahirlah pusat- pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).
Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Manakala di Kelantan pusat pra sekolah yang dikenali sebagai Putra Islam yang di kendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sejak tahun 1988.
Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat pra sekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri masing-masing. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Muktamar Tahunan Ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat. Ustaz Abu Bakar Abdullah dari Terengganu telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan PASTI yang pertama.
Seminar PASTI
Pada 29- 30 Mei 1988 telah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang, Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Penyelarasan Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan “Penyelarasan Manhaj Pendidikan Prasekolah’ oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama Sdra. Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahaya sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Sdra. Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan Sdra. Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negeri sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.
Logo
Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan pertambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
ABIM Gerakkan Misi Bantuan Banjir
Posted by PENERAJU UMAT | 9:05 PM | Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) | 0 comments »Banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia baru-baru ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk terlibat.
Kesan itu bukan sahaja dari segi fizikal seperti kemusnahan harta benda termasuk ternakan tetapi ia juga meninggalkan kesan psikologi terutama di kawasan yang kerap dilanda banjir.
Sehubungan itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission (GPM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bergabung dalam misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir di Segamat, Johor pada 15 dan 16 Disember lalu.
PAS- Ijtimak Pemuda Melaka
Posted by PENERAJU UMAT | 3:49 PM | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) | 0 comments »Serentak dengan Himpunan Gegau Melaka anjuran Jentera Pilihanraya Negeri (JPN), Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka juga mengadakan Ijtimak Pemuda Negeri pada hari dan tempat yang sama tetapi bermula pada jam 2.00 petang iaitu selepas Himpunan Gegau berakhir.
Seluruh jentera Pemuda di peringkat akar umbi dijemput hadir. Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nazri Chik akan menyampaikan amanat Dewan Pemuda PAS Pusat dalam himpunan tersebut.
ISMA- KRIS Pantai Timur
Posted by PENERAJU UMAT | 3:47 PM | Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) | 0 comments »
Merang, 6-8 Dis - Kem Remaja ISMA (KRIS) Zon Pantai Timur telah berjaya diadakan dengan jayanya di Kembara Resor Merang, Setiu.Kem ini telah dihadiri oleh 36 orang perserta lelaki dan 16 orang peserta perempuan yang hadir dari seluruh negeri Terengganu dan Kelantan. Antara objektif utama program ini adalah untuk memupuk dan mewujudkan satu bi’ah (persekitaran) yang soleh di samping mengisi masa cuti persekolahan dengan aktiviti yang mampu meningkatkan lagi potensi diri di kalangan remaja. Penglibatan peserta dari 2 buah negeri Pantai Timur juga diharap dapat menjalin ukhuwah islamiyah di antara peserta mahu pun pihak penganjur.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan selaras dengan tema kem remaja pada tahun ini iaitu “Membangun Potensi Kepimpinan Remaja Mukmin”. Para peserta telah dilibatkan dengan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor yang dilakukan secara berkumpulan di samping beberapa pembentangan yang diharap dapat memberi kesan secara langsung dan tidak lansung kepada para peserta. Antara aspek lain yang turut ditekankan juga dalam program ini tahap disiplin baik yang cuba diterapkan di kalangan peserta remaja.
Secara keseluruhannya sebahagian besar peserta berpuas hati dengan perjalanan keseluruhan program remaja ISMA pada tahun ini. Pihak penganjur juga mengharapkan agar para peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya segala bentuk perkongsian dan input-input berguna yang telah dilalui sepanjang program. Dari Pihak KRIM Terengganu, kami berharap peserta dapat mengikuti segala program yang akan diatur di masa hadapan. Untuk tempoh masa yang terdekat ini, kami telah merancang untuk mengadakan Seminar Lepas SPM yang akan memeberi input dan informasi yamg berguna buat pelajar-pelajar lepasan SPM untuk ke IPT kelak.
Lagi berita dan gambar klik di sini
Sumber
Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, satu jemaah elders dari Raiwind seramai kira2 20 orang telah datang ke Kuala Lumpur dengan diketuai oleh Hj Abdul Wahab pada Rabu malam Khamis lepas @ 5 Disember. Jur untuk fikirman2 dari seluruh Malaysia telah dibuat bermula Subuh Khamis dan berakhir 12.15 tgh sebelum solat Jumaat. Kehadiran adalah diluar dugaan. Setiap ruang masjid dipenuhi sehinggalah ketingkat atas.
InsyaAllah, banyak manfaat rohani diperolehi dari kedatangan jemaah elders ini. Jemaah ini dalam rangka ziarah ke kawasan nusantara yang mana sebelum ini telah ke Yala, Thailand dan Jakarta, Indonesia. Hj Abdul Wahab telah mula buat usaha dakwah semenjak zaman Maulana Ilyas ini tidak pernah datang ke Malaysia sebelum ini. Walaupun keadaan beliau sangat uzur yang mana berjalan dengan dipapah dan bercakap dengan suara yang perlahan tapi masih mampu memberi bayan selama 3 jam. Ini kerana ruh dakwah sudah meresap kedalam setiap urat dan sendi.
http://azharjaafar313.blogspot.com/
Ziarah ISMA ke Acheh
Posted by PENERAJU UMAT | 3:15 PM | Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) | 0 comments »Bandar Baru Bangi – 6 Disember: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) seperti tahun-tahun yang lepas, akan menziarahi Rumah Yatim di Lhoksuemawe, Acheh dan melakukan Ibadah Qurban di sana. Menurut Ust Wan Hisham ketika ditemubual rombongan kali ini mendapat sambutan hangat sehingga mencecah angka 30 orang.
Objektif rombongan ziarah kali ini ialah melaksanakan ibadah korban serta menyambut Hari Raya Eidul Adha di Aceh bersama-sama penghuni Rumah Yatim yang dikelolakan oleh ISMA. Selain itu satu program “Sunathon” turut dirancang dan akan dilaksanakan oleh doktor ISMA yang turut mengikuti rombongan kali ini. Dijangkakan seramai 20 orang peserta yang terdiri dari penghuni Rumah Yatim dan kanak-kanak miskin dari kampung berhampiran terlibat.
Selain itu Rombongan juga akan di bawa melihat kesan-kesan tsunami dan perkembangan pemulihan setelah 3 tahun berlalu. Ketika ditanya mengenai jumlah lembu yang akan diqurbankan Ust Wan Hisham berkata “Setakat ini jumlah tempahan yang diterima hanya 22 ekor berbanding sasaran kita iaitu 30 ekor”. Selain itu sebahagian besar peserta rombongan adalah terlibat dalam Ibadah Qurban. Sehubungan itu mereka boleh melihat sendiri proses qurban dan pengagihan daging kepada fakir miskin di sana. “Program ISMA yang akan datang ialah membina sebuah surau dan sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan penghuni Rumah Yatim yang setakat ini seramai 48 orang putera dan puteri” ujar beliau apabila ditanya mengenai program yang dirancang untuk tahun hadapan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ibadah Qurban di Aceh boleh melawat di sini Gambar Program Qurban 1427H

SEMINAR TASAWWUF 2007
Tarikh: 22 DISEMBER, 2007 (SABTU)
Perasmian: DYMM TUANKU YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Anjuran: JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN
Tempat: ALLSON KLANA RESORT SEREMBAN
Tema: "TARBIYYAH RUHIYYAH ASAS KESATUAN UMMAH"
Pendaftaran dan Bayaran: BELUM DIKETAHUI
Aturcara:
Ucaptama
Tajuk: "TARBIYYAH ASAS KESATUAN UMMAH"
oleh: PROF ZAKARIA BIN STAPA
Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM
Pembentangan 1
Tajuk: "ENAKMEN TAREKAT TASAWWUF: SATU PENJELASAN"
oleh: SAHIBUL FADHILAH USTAZ MOHD ZAIDI RAMLI
Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan DK
Pembentangan 2
Tajuk: "PENYAKIT-PENYAKIT HATI: PUNCA DAN KAEDAH RAWATAN MENURUT PRINSIP TASAWWUF"
oleh: YBHG DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK
Mantan Pensyarah APIUM
Pembentangan 3
Tajuk: "PERANAN PENYUCIAN JIWA TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN MASYARAKAT BERTAMADUN"
oleh: PROF. MADYA DR CHE ZARINA BINTI SA'ARI
Ketua Jabatan Aqidah & Pemikiran Islam APIUM
Pembentangan 4
Tajuk: "BINA INSAN MENERUSI KAEDAH SPIRITUAL: SATU TINJAUAN TERHADAP PENDEKATAN INABAH DALAM MEMULIHKAN PENAGIH DADAH DAN KRISIS MORAL REMAJA"
oleh: YBHG DR ABD MANAM BIN MOHAMAD
Pensyarah Universiti Darul Iman Terengganu
Sebarkan dan ajak kawan-kawan hadir ke majlis tahunan yang memberikan pengiktirafan kepada kewujudan tarekat dan tasawwuf di Malaysia. 20 Disember Cuti Hari Raya Aidil Adha manfaatkan cuti Hari Raya dengan santapan ilmu.
_________________
Keterangan: Shaikh Dr Hj Jahid Hj Sidek al-Khalidi
PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI)
14-023-01-003574-7 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
ABIM dan PPIM Majukan Belia Sabah
Posted by PENERAJU UMAT | 3:04 PM | Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) | 0 comments »

Kota Kinabalu: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Liew Yun Fah, mengakui gentar berdepan pertubuhan berasaskan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) pada peringkat awal menjawat portfolio itu enam bulan lalu.
Bagaimanapun, katanya, keadaan sudah berubah kerana kini badan bukan kerajaan (NGO) itu adalah rakan akrabnya dalam membangunkan belia di negeri ini.
"Pepatah Melayu yang menyebut 'tak kenal maka tak cinta' memang betul dan kini saya bangga kerana semua kegiatan belia yang menjurus kepada pembangunan Islam mendapat kerjasama baik ABIM dan PPIM. Saya harap lebih banyak kegiatan dianjurkan terutama untuk pembangunan modal insan belia Islam di negeri ini pada masa akan datang,'' katanya berucap pada majlis Aidilfitri ABIM Sabah dan PPIM Sabah disini, kelmarin.
Hadir sama, Yang Dipertua ABIM Sabah, Muddin Beting dan Presiden Persatuan Sama Sabah, Abdullah Sibil.
Liew berkata, kementeriannya melaksanakan pelbagai program belia untuk semua kaum terutama yang menjurus kepada penyertaan generasi muda pelbagai kaum. Beliau berkata, pertubuhan seperti ABIM dan PPIM sekadar menggunakan nama Islam tetapi tidak mengamalkan sentimen perkauman atau pengasingan diri daripada kaum lain.
"Ini membanggakan saya kerana kita dapat bekerjasama untuk kepentingan generasi muda selaku pemimpin pelapis negara," katanya. [Gambar]
Sumber: Berita Harian( Bahagian Sabah & Sarawak) bertarikh 12 November 2007
Kenali Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Posted by PENERAJU UMAT | 4:01 PM | Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) | 0 comments »
Pembayan : Jemaah 2 bulan masturat yang hendak ke
New Caledonia & New Zealand pada 2 Disember 2007.
Tempat : Taman Ehsan, Kepong, Kuala Lumpur.
Tarikh : 29 November 2007 @ 5.30pm.
Ringkasan.
Satu jemaah dari Pakistan telah dihantar ke Rusia dan telah bertemu dengan seorang ulama. Ulama itu menceritakan bahawa pada satu masa dulu semasa kominis, 60 ulama di tempatnya telah dibunuh dengan memasukkan mereka ke dalam mesin pemecah batu di lombong batu. Dia telah terselamat kerana sentiasa membawa botol arak sebagai helah. Selepas itu ulama tersebut telah menangis dan menangis dan berkata bahawa ulama2 tersebut telah dibunuh kerana tidak buat kerja seperti yang kamu buat sekarang.
Allah turunkan azab di tempat2 orang Islam untuk rotan umat ini kerana berlaku zalim. Zalim kerana tinggalkan perintah Allah yang utama untuk umat ini iaitu usaha dakwah. Kita kata Amerika & the gang zalim tetapi kitalah yang sebenarnya zalim.
Di akhirat nanti sebahagian dari umat ini akan dihalau sebanyak 3 kali dari telaga Kauthar oleh Nabi sendiri kerana ketika di dunia tidak pernah mengerutkan dahi apabila melihat kerosakan pada agama. Sekali halau mereka akan jauh dari Nabi sejauh mata memandang.
Allah telah beri diri dan harta kepada kita supaya dapat digunakan untuk membina dan memajukan agama. Tetapi bila diri dan harta disalah guna maka akan jadi penyakit dan masalah. Sama seperti penggunaan dadah pada asalnya adalah sebagai ubat tetapi bila disalah guna akan jadi sebab kerosakan. Bila umat ini guna diri dan harta untuk agama maka agama akan maju tetapi bila guna untuk dunia maka dunia akan maju.
Jemaah pertama yang dihantar ke Perancis adalah jemaah dari Bangladesh pada tahun 1993. Pada masa itu tiada satu masjid pun di sana walaupun ada 4 juta orang Arab. Jemaah telah menyewa sebuah bilik dan memulakan usaha di sana. Sekarang telah ada 2000 buah masjid. Markas di St Denim setinggi 3 tingkat akan penuh setiap kali azan dilaungkan.
Elders kata bila usaha Nabi dibuat maka kota London & Paris akan bertukar seperti kota Mekah & Madinah iaitu hidupnya amalan agama. Tetapi bila usaha tak dibuat maka kota Mekah & Madinah akan menjdi seperti kota London & Paris iaitu tempat bershopping.
Di markas London telah boleh azan menggunakan loudspeaker. Gereja2 banyak ditukar kepada masjid. Gereja dibeli dengan harga murah kerana tiada sambutan orang ramai walaupun loceng dibunyikan setiap hari. Bukan puluhan tapi ratusan gereja ditukar sehingga perlimen Britain mengharamkan penjualan gereja kepada mana2 badan. Kiblat gereja adalah ke masjidil Aqsa, jadi bila ditukar kepada masjid maka kedudukan kiblat diubah beberapa darjah sahaja ke kanan iaitu ke arah kaabah.
Sepanyol dulunya adalah negara Islam tetapi bila usaha Nabi ditinggalkan maka masjid2 telah menjadi muzium, gudang, kilang dan sebagainya. Berkat dari usaha jemaah2 yang bergerak maka sekarang masjid Cardoba di Sepanyol yang sekarang telah menjadi muzium dan bar telah dibuka sedikit ruang untuk kegunaan orang Islam menunaikan solat. Kalau dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan Sepanyol ubah masjid Cordoba dari muzium dan bar kepada masjid sebenar maka ini tak akan berjaya. Tetapi dengan usaha Nabi, sedikit demi sedikit Allah buat perubahan.
Ada tempat2 lain yang tiada masjid, bila jemaah dihantar ke sana maka orang Islam di sana mula bartaubat dan bersolat serta mengamalkan agama. Mereka bersolat di jalan2, di taman2 dan di mana sahaja sehingga kerajaan tempatan di situ terpaksa buat masjid untuk orang Islam beribadat. Kalau dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan tu buat masjid maka tak akan berjaya.
Bila kaum wanita ada fikir agama maka mereka akan didik anak2 cara hidup agama. Halakah ta'lim dan muzakarah sifat sahabat perlu dibuat di rumah setiap hari selama satu jam supaya dapat tanam jiwa agama kepada anak2. Jika tidak anak2 akan terpengaruh dengan kartun, robot, hantu dan lain-lain. Wanita juga akan jadi penggalak suami dan anak2 untuk beri pengorbanan untuk agama dan keluar di jalan Allah. Seperti isteri2 Nabi dan sahabat yang galakkan suami dan anak2 mereka.
Yakinlah bahawa setiap susah payah kita untuk agama akan pasti diganjari oleh Allah di akhirat dengan ganjaran yang besar. Setiap amal yang dibuat ketika keluar di jalan Allah akan digandakan sekurang2nya 700,000 kali ganda malah lebih lagi.
Untuk belajar usaha ini maka kita kita diminta keluar jemaah masturat 3 hari, 10 atau 15 hari dan 40 hari IPB.
Tashkil.
http://azharjaafar313.blogspot.com/
Koleksi VCD Islam Tradisional (jualan)
Posted by PENERAJU UMAT | 2:00 AM | Islam Tradisional | 0 comments »Ulasan & Komen Tuan Mufti tentang kaum Wahabi-Dato' Hj Harunsani-Mufti Perak
12/11/2007
Rahsia Kejadian Manusia & Tugas nya-Dato' Hj Harunsani-Mufti Perak
25/3/2007
Lisanul Hal-Rahsia Dai'e (khalifah) yang Hakiki-Tn Syeikh Nuruddin Al Banjari-15/2/2007
Muzakarah Tasawuf Hari Keluarga Bicarasufi.com-6/12/2006
Dokumentari Bersenandung Riwayat hidup & Sejarah Tn Syeikh Abd.Wahab Rokan Alkholidiah-Terbitan asal Pusat Suluk Babussalam Langkat-13/6/2006
Penerangan Tasawuf-Rahsia Maqam/Martabat Zikir & Muraqabah bagi mencapai Al-Khawas.-Tn Guru Dr Hj Jahid Sidek-24/5/2006
uliah Pengajian Tasawuf "Rahsia Solatun Daimun dalam diri si salik"-Ustaz Safuan Abu Bakar (Syeikh Tariqah Qadiriah,Selangor)-7/3/2006
Kuliah Pengajian Tasawuf "Perincian Makna Ismu Zat-Ustaz Safuan Abu Bakar (Syeikh Tariqah Qadiriah,Selangor)-26/2/2006
Kuliah Pengajian Tasawuf "Hakikat Taubat &Takabbur-Ustaz Safuan Abu Bakar (Syeikh Tariqah Qadiriah,Selangor) -26/2/2006
Kuliah Pengajian Tasawuf "Hakikat Mustajab Doa-Ustaz Safuan Abu Bakar (Syeikh Tariqah Qadiriah,Selangor) -2/3/2006
Kuliah Pengajian Tasawuf "Niat dan kaitannya dgn diri yg batin-Ustaz Safuan Abu Bakar (Syeikh Tariqah Qadiriah,Selangor)-2/3/2006
Kuliah Pengajian Tasawuf "Rahsia Wuduk dan Air"-Ustaz Safuan Abu Bakar (Syeikh Tariqah Qadiriah,Selangor)-2/3/2006
Kuliah Perjalanan Suluk oleh Tuan Faqir Amal
Kuliah Tasawuf & Usuluddin oleh Tuan MH-siri 1
uliah Tasawuf & Usuluddin oleh Tuan MH-siri 2
Tazkirah suluk oleh Tn Dr Jahid Sidek
Penitian atas jalan Tariqah yg Haq - Ceramah Tn Hj Basri 20/6/2005
Kejadian Jin & penipuan nya.-Ustaz Ismail Kamus 28/7/2005 NEW
Penjelasan Dr Asri Zainal Abidin (USM P.Pinang) tentang Buku Bida'ah Hasanah 10/9/2005 NEW
Ulasan balas Dr Aziz Hanafi (Kolej Islam Darul Ulum) tentang Buku Bida'ah Hasanah 10/9/2005 NEW
Kepentingan BerTasawuf oleh Syeikh Mohamad Fuad b.Kamaludin-Guru Tariqah Ahmadiah Idrisiah 18/9/2005 NEW
Koleksi Majlis Halaqah Zikir Al-Qadiri - 6/10/2005 -
Ceramah pada Hari Hol Tariqah Naqsyabandiyah- 11/10/2005 -
Gerakan Wahabi drp kacamata ahli sufi-Abu Muhamad An-Naqsyabandi-1/12/2005-
Pengertian Fana dan kaitan nya dengan perjalanan Tariqah-Tazkirah Tuan Guru Dr Jahid Sidek di Majlis Perjumpaan Bicarasufi.Com 26/11/2005.28/11/2005 /-NEW
lunan Nazam Munajat Suluk & Tarahim dalam Tariqah Naqsyabandiyah Al Khalidiah-Tn Hj Basri b Hashim 20/12/2005-
Langkah 1:Untuk membuat pesanan/tempahan sila hubungi saya di
kotak (pm) mesej pribadi Liesenden atau emel liesenden99@hotmail.com atau dapatkan senarai harga dengan menghantar emel ke vcdlistprice@bsc2u.com
Langkah ke 2:Setelah mendapat emel senarai harga dan ingin membeli,sila ke->Borang Pengesahan Tempahan
Perhatian: Pastikan anda memeriksa junk inbox atau bulk inbox emel anda sebaik shj mengantar emel ke vcdlistprice@bsc2u.com ini adalah kerana sistem autoresponders akan terus menghantar jawapan secara automatik,dan sesetengah server emel menganggapnya sebagai spam emel.Harap maklum.
KOLEKSI VCD
Bagi semua Tajuk tersenarai di bawah ini boleh didapati dgn Harga Istimewa
Hanya RM200 sahaja.!!! (termasuk kos poslaju) Tawaran sah sehingga 31 Disember 2007.
Hubungi saya segera di 012 4517510 atau emel liesenden99@hotmail.com


