MagzNetwork

Bandar Baru Bangi – 6 Disember: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) seperti tahun-tahun yang lepas, akan menziarahi Rumah Yatim di Lhoksuemawe, Acheh dan melakukan Ibadah Qurban di sana. Menurut Ust Wan Hisham ketika ditemubual rombongan kali ini mendapat sambutan hangat sehingga mencecah angka 30 orang.

Objektif rombongan ziarah kali ini ialah melaksanakan ibadah korban serta menyambut Hari Raya Eidul Adha di Aceh bersama-sama penghuni Rumah Yatim yang dikelolakan oleh ISMA. Selain itu satu program “Sunathon” turut dirancang dan akan dilaksanakan oleh doktor ISMA yang turut mengikuti rombongan kali ini. Dijangkakan seramai 20 orang peserta yang terdiri dari penghuni Rumah Yatim dan kanak-kanak miskin dari kampung berhampiran terlibat.

Selain itu Rombongan juga akan di bawa melihat kesan-kesan tsunami dan perkembangan pemulihan setelah 3 tahun berlalu. Ketika ditanya mengenai jumlah lembu yang akan diqurbankan Ust Wan Hisham berkata “Setakat ini jumlah tempahan yang diterima hanya 22 ekor berbanding sasaran kita iaitu 30 ekor”. Selain itu sebahagian besar peserta rombongan adalah terlibat dalam Ibadah Qurban. Sehubungan itu mereka boleh melihat sendiri proses qurban dan pengagihan daging kepada fakir miskin di sana. “Program ISMA yang akan datang ialah membina sebuah surau dan sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan penghuni Rumah Yatim yang setakat ini seramai 48 orang putera dan puteri” ujar beliau apabila ditanya mengenai program yang dirancang untuk tahun hadapan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ibadah Qurban di Aceh boleh melawat di sini Gambar Program Qurban 1427H

0 comments