MagzNetwork

Utama
Serdang, 1 Mei - Program Muzakarah JKP-YDP Ikatan Muslimin Malaysia telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Persidangan UPM. Muzakarah kali ini mencatat kehadiran yang agak memberangsangkan iaitu kira-kira lebih 100 orang perwakilan yang mewakili 12 cawangan ISMA seluruh negara. Majlis dibuka dengan ucapan daripada Presiden ISMA, Ust. Abdullah Zaik Abd Rahman dan diteruskan dengan perbincangan pencapaian ISMA sepanjang tahun 2007.

Selepas Zohor dan makan tengahari program diteruskan dengan perbahasan dan cadangan daripada Cawangan-cawangan ISMA. Antara yang menjadi perbualan hangat ialah halatuju ISMA dalam masa 15 tahun lagi yang dirasakan perlu diadakan satu konvensyen khas untuk membincangkannya. Selain itu isu permasalahan masyarakat turut mendapat perhatian dan para perwakilan berharap agar ISMA dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan. Majlis berakhir pada jam 5.00 petang dengan bacaan doa rabitah yang diketuai oleh Ust. Rusydi Alias.

1 comments

  1. Unknown // March 6, 2009 at 4:48 PM  

    Salam ziarah,tuan pinjam gambar makam nabi...sila ziarah blig saya untuk tujaan muzakarahh dan jangan lupa add blog saya..tq