MagzNetwork

Banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia baru-baru ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk terlibat.

Kesan itu bukan sahaja dari segi fizikal seperti kemusnahan harta benda termasuk ternakan tetapi ia juga meninggalkan kesan psikologi terutama di kawasan yang kerap dilanda banjir.

Sehubungan itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission (GPM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bergabung dalam misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir di Segamat, Johor pada 15 dan 16 Disember lalu.

seterusnya

Serentak dengan Himpunan Gegau Melaka anjuran Jentera Pilihanraya Negeri (JPN), Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka juga mengadakan Ijtimak Pemuda Negeri pada hari dan tempat yang sama tetapi bermula pada jam 2.00 petang iaitu selepas Himpunan Gegau berakhir.

Seluruh jentera Pemuda di peringkat akar umbi dijemput hadir. Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nazri Chik akan menyampaikan amanat Dewan Pemuda PAS Pusat dalam himpunan tersebut.

Sumber

Berita ISMA
Merang, 6-8 Dis - Kem Remaja ISMA (KRIS) Zon Pantai Timur telah berjaya diadakan dengan jayanya di Kembara Resor Merang, Setiu.

Kem ini telah dihadiri oleh 36 orang perserta lelaki dan 16 orang peserta perempuan yang hadir dari seluruh negeri Terengganu dan Kelantan. Antara objektif utama program ini adalah untuk memupuk dan mewujudkan satu bi’ah (persekitaran) yang soleh di samping mengisi masa cuti persekolahan dengan aktiviti yang mampu meningkatkan lagi potensi diri di kalangan remaja. Penglibatan peserta dari 2 buah negeri Pantai Timur juga diharap dapat menjalin ukhuwah islamiyah di antara peserta mahu pun pihak penganjur.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan selaras dengan tema kem remaja pada tahun ini iaitu “Membangun Potensi Kepimpinan Remaja Mukmin”. Para peserta telah dilibatkan dengan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor yang dilakukan secara berkumpulan di samping beberapa pembentangan yang diharap dapat memberi kesan secara langsung dan tidak lansung kepada para peserta. Antara aspek lain yang turut ditekankan juga dalam program ini tahap disiplin baik yang cuba diterapkan di kalangan peserta remaja.

Secara keseluruhannya sebahagian besar peserta berpuas hati dengan perjalanan keseluruhan program remaja ISMA pada tahun ini. Pihak penganjur juga mengharapkan agar para peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya segala bentuk perkongsian dan input-input berguna yang telah dilalui sepanjang program. Dari Pihak KRIM Terengganu, kami berharap peserta dapat mengikuti segala program yang akan diatur di masa hadapan. Untuk tempoh masa yang terdekat ini, kami telah merancang untuk mengadakan Seminar Lepas SPM yang akan memeberi input dan informasi yamg berguna buat pelajar-pelajar lepasan SPM untuk ke IPT kelak.

Lagi berita dan gambar klik di sini

Sumber

Elders Tabligh Datang

Posted by PENERAJU UMAT | 4:35 PM | | 0 comments »

Alhamdulillah, dengan kehendak Allah, satu jemaah elders dari Raiwind seramai kira2 20 orang telah datang ke Kuala Lumpur dengan diketuai oleh Hj Abdul Wahab pada Rabu malam Khamis lepas @ 5 Disember. Jur untuk fikirman2 dari seluruh Malaysia telah dibuat bermula Subuh Khamis dan berakhir 12.15 tgh sebelum solat Jumaat. Kehadiran adalah diluar dugaan. Setiap ruang masjid dipenuhi sehinggalah ketingkat atas.

InsyaAllah, banyak manfaat rohani diperolehi dari kedatangan jemaah elders ini. Jemaah ini dalam rangka ziarah ke kawasan nusantara yang mana sebelum ini telah ke Yala, Thailand dan Jakarta, Indonesia. Hj Abdul Wahab telah mula buat usaha dakwah semenjak zaman Maulana Ilyas ini tidak pernah datang ke Malaysia sebelum ini. Walaupun keadaan beliau sangat uzur yang mana berjalan dengan dipapah dan bercakap dengan suara yang perlahan tapi masih mampu memberi bayan selama 3 jam. Ini kerana ruh dakwah sudah meresap kedalam setiap urat dan sendi.

http://azharjaafar313.blogspot.com/

Bandar Baru Bangi – 6 Disember: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) seperti tahun-tahun yang lepas, akan menziarahi Rumah Yatim di Lhoksuemawe, Acheh dan melakukan Ibadah Qurban di sana. Menurut Ust Wan Hisham ketika ditemubual rombongan kali ini mendapat sambutan hangat sehingga mencecah angka 30 orang.

Objektif rombongan ziarah kali ini ialah melaksanakan ibadah korban serta menyambut Hari Raya Eidul Adha di Aceh bersama-sama penghuni Rumah Yatim yang dikelolakan oleh ISMA. Selain itu satu program “Sunathon” turut dirancang dan akan dilaksanakan oleh doktor ISMA yang turut mengikuti rombongan kali ini. Dijangkakan seramai 20 orang peserta yang terdiri dari penghuni Rumah Yatim dan kanak-kanak miskin dari kampung berhampiran terlibat.

Selain itu Rombongan juga akan di bawa melihat kesan-kesan tsunami dan perkembangan pemulihan setelah 3 tahun berlalu. Ketika ditanya mengenai jumlah lembu yang akan diqurbankan Ust Wan Hisham berkata “Setakat ini jumlah tempahan yang diterima hanya 22 ekor berbanding sasaran kita iaitu 30 ekor”. Selain itu sebahagian besar peserta rombongan adalah terlibat dalam Ibadah Qurban. Sehubungan itu mereka boleh melihat sendiri proses qurban dan pengagihan daging kepada fakir miskin di sana. “Program ISMA yang akan datang ialah membina sebuah surau dan sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan penghuni Rumah Yatim yang setakat ini seramai 48 orang putera dan puteri” ujar beliau apabila ditanya mengenai program yang dirancang untuk tahun hadapan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ibadah Qurban di Aceh boleh melawat di sini Gambar Program Qurban 1427H

Seminar Tasawuf 2007

Posted by PENERAJU UMAT | 3:09 PM | | 2 comments »

SEMINAR TASAWWUF 2007
Tarikh: 22 DISEMBER, 2007 (SABTU)
Perasmian: DYMM TUANKU YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Anjuran: JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN
Tempat: ALLSON KLANA RESORT SEREMBAN
Tema: "TARBIYYAH RUHIYYAH ASAS KESATUAN UMMAH"
Pendaftaran dan Bayaran: BELUM DIKETAHUI

Aturcara:

Ucaptama
Tajuk: "TARBIYYAH ASAS KESATUAN UMMAH"
oleh: PROF ZAKARIA BIN STAPA
Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM

Pembentangan 1
Tajuk: "ENAKMEN TAREKAT TASAWWUF: SATU PENJELASAN"
oleh: SAHIBUL FADHILAH USTAZ MOHD ZAIDI RAMLI
Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan DK

Pembentangan 2
Tajuk: "PENYAKIT-PENYAKIT HATI: PUNCA DAN KAEDAH RAWATAN MENURUT PRINSIP TASAWWUF"
oleh: YBHG DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK
Mantan Pensyarah APIUM

Pembentangan 3
Tajuk: "PERANAN PENYUCIAN JIWA TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN MASYARAKAT BERTAMADUN"
oleh: PROF. MADYA DR CHE ZARINA BINTI SA'ARI
Ketua Jabatan Aqidah & Pemikiran Islam APIUM

Pembentangan 4
Tajuk: "BINA INSAN MENERUSI KAEDAH SPIRITUAL: SATU TINJAUAN TERHADAP PENDEKATAN INABAH DALAM MEMULIHKAN PENAGIH DADAH DAN KRISIS MORAL REMAJA"
oleh: YBHG DR ABD MANAM BIN MOHAMAD
Pensyarah Universiti Darul Iman Terengganu

Sebarkan dan ajak kawan-kawan hadir ke majlis tahunan yang memberikan pengiktirafan kepada kewujudan tarekat dan tasawwuf di Malaysia. 20 Disember Cuti Hari Raya Aidil Adha manfaatkan cuti Hari Raya dengan santapan ilmu.
_________________

Keterangan: Shaikh Dr Hj Jahid Hj Sidek al-Khalidi
PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI)
14-023-01-003574-7 (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)

ABIM, PPIM RAKAN AKRAB MAJUKAN BELIA



Kota Kinabalu: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Liew Yun Fah, mengakui gentar berdepan pertubuhan berasaskan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) pada peringkat awal menjawat portfolio itu enam bulan lalu.

Bagaimanapun, katanya, keadaan sudah berubah kerana kini badan bukan kerajaan (NGO) itu adalah rakan akrabnya dalam membangunkan belia di negeri ini.

"Pepatah Melayu yang menyebut 'tak kenal maka tak cinta' memang betul dan kini saya bangga kerana semua kegiatan belia yang menjurus kepada pembangunan Islam mendapat kerjasama baik ABIM dan PPIM. Saya harap lebih banyak kegiatan dianjurkan terutama untuk pembangunan modal insan belia Islam di negeri ini pada masa akan datang,'' katanya berucap pada majlis Aidilfitri ABIM Sabah dan PPIM Sabah disini, kelmarin.

Hadir sama, Yang Dipertua ABIM Sabah, Muddin Beting dan Presiden Persatuan Sama Sabah, Abdullah Sibil.

Liew berkata, kementeriannya melaksanakan pelbagai program belia untuk semua kaum terutama yang menjurus kepada penyertaan generasi muda pelbagai kaum. Beliau berkata, pertubuhan seperti ABIM dan PPIM sekadar menggunakan nama Islam tetapi tidak mengamalkan sentimen perkauman atau pengasingan diri daripada kaum lain.

"Ini membanggakan saya kerana kita dapat bekerjasama untuk kepentingan generasi muda selaku pemimpin pelapis negara," katanya. [Gambar]

Sumber: Berita Harian( Bahagian Sabah & Sarawak) bertarikh 12 November 2007